SELAMAT DATANG SAHABAT SEMUA KE DALAM DUNIA AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI.....

Assalamualaikum...Salam Keindahan Estetika Dunia...
Setelah sekian lama berdampingan dengan kamera, aku berasa semakin dapat menikmati erti keindahan alam melalui rakaman estetika yang begitu indah. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi semua ini. Kewujudan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada dengan semua penggemar fotografi. Di samping itu, segala catatan dan coretan di laman ini juga adalah sebagai nota untuk diri sendiri yang bukanlah seorang yang profesional di dalam bidang ini. Sebarang tunjuk ajar dan pandangan adalah sangat perlu bagi meningkatkan kepakaran diri. Namun, sekiranya sahabat di luar sana ingin menanyakan sesuatu, bolehlah sahabat semua emailkan kepada saya(im_ran2205@yahoo.com) sebarang persoalan berkaitan fotografi dan sekiranya saya dapat menjawap, insya Allah saya akan menjawapnya dan sekiranya tidak. Saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Mari Berkongsi Meningkatkan Kepakaran Diri

Monday, 7 March 2011

Kemanisan, Kepahitan. Dan Kebahagiaan

Sewaktu kecilmu, engkau dijaga dan dididik dengan cinta
Engkau membesar dengan sayang dan kasih
Kemanjaanmu diperhatikan dengan kelembutan suara tercinta
Engkau umpana bunga yang mekar di laman 
Kemanisan hidupmu terpancar dengan kelembutan suaramu
Kini, engkau jauh dari layanan tercinta
Oleh hatimu yang lembut, kini engkau berkenalan dengan cinta keindahan
Engkau lupakan kemanjaan silam
Hatimmu dicuri dengan penuh kecintaan oleh sang pemburu
Pemburu kecintaan suci bercahaya
Engkau melangkah dengan perubahan hidup saranan kewajipan
Harapkan kemanjaan dibina pemburu
Cintamu diuji menuju kebahagiaan pengharapan berkekalan
Hatimu seakan luluh dipukul kesakitan
Pemburu kian membuka mata kecintaan pada mu kemanjaan
Berdoa agar cintamu kekal dengannya
Semoga cinta memahami hakikat pahit di awal perjalanan
Menjadi guru membina bahagia keesokan

No comments:

Post a Comment