SELAMAT DATANG SAHABAT SEMUA KE DALAM DUNIA AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI.....

Assalamualaikum...Salam Keindahan Estetika Dunia...
Setelah sekian lama berdampingan dengan kamera, aku berasa semakin dapat menikmati erti keindahan alam melalui rakaman estetika yang begitu indah. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi semua ini. Kewujudan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada dengan semua penggemar fotografi. Di samping itu, segala catatan dan coretan di laman ini juga adalah sebagai nota untuk diri sendiri yang bukanlah seorang yang profesional di dalam bidang ini. Sebarang tunjuk ajar dan pandangan adalah sangat perlu bagi meningkatkan kepakaran diri. Namun, sekiranya sahabat di luar sana ingin menanyakan sesuatu, bolehlah sahabat semua emailkan kepada saya(im_ran2205@yahoo.com) sebarang persoalan berkaitan fotografi dan sekiranya saya dapat menjawap, insya Allah saya akan menjawapnya dan sekiranya tidak. Saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Mari Berkongsi Meningkatkan Kepakaran Diri

Sunday 20 March 2011

Aku Yang Sebenarnya Aku Kini


Aku sebenarnya RINDU..
Tapi tiada siapa yang tahu....
Ingin sekali aku untuk seperti dulu...
Namun, ia seakan mustahil bagiku...
Terkadang ada yang menyatakan kejiwaan...  
Namun, tiada yang tahu tentang cengkaman C.I.N.T.A….

Dan apabila cinta telah menggenggam terlalu kuat pada seketul daging di dada yang di awasi oleh belulang,maka daging itu turut terbentuk sepertimana genggamannya...Ia umpama span yang basah digenggam dan sangat lambat untuk kembali pada bentuk asalnya...

Jangan biarkan hati dia sakit keranamu...
Jangan biarkan hatinya terluka keranamu...
Jangan biarkan dia pergi keranamu...
KERANA, kamu akan menangis dan bersalah seumur hidupmu...  

Cinta adalah satu rasa yang disebabkan oleh wujudnya hati yang sangat halus sentuhannya...terkadang ia sakit kerana luka,terkadang ia mengecil kerana terasa,terkadang ia jatuh kerana rasa.

Namun, hati itu umpama nyawa SENI manusia... Senyum di kala bahagia, Ketawa bersama akal, bersenda gurau bersama rasa, Rasa yang berpunca dari CINTA...

Cinta anugerah PENCIPTA, pengingat sang manusia. Cinta bahagia indah berbahaya.
Terkadang menuntut pengorbanan jiwa, Jiwa yang halus terguling kerana rasa. Rasa membunuh insan leka...

Jika dia, milik hatiku.Pertemukan kami dalam kemustahilanku...Hati sedih berkata-kata,semua kerana adanya RASA..

Friday 11 March 2011

DI MANA AKU DALAM DIRIMU

Apakah salahku sehingga aku dinodai…
Dan apabila hujan menimpaku…
Aku luluh dibawa arus kerakusan insan…
Apakah nasibku sehingga aku dipaksa meniarap ke bumi…
Dan apabila hidupan lari mencari penghidupan…
Aku umpama penciptaan yang tiada kemanfaatan…
Namun, hakikat membuktikan penciptaanku…
Aku memegang bumi mengelak keluluhan arus hakisan…
Aku membekal makanan setiap hidupan…
Apakah kesudahanku sehingga aku diburu ketidakperimanusiaan…
Dan apabila kulitku menjadi nilai keduniaan..
Dan apabila tulangku menjadi hiasan kebanggaan…
Aku kian hilang dari kewujudan yang diciptakan…
Seakan aku wujud umpama mangsa kerakusan…
Insan…Aku adalah bumi yang akan memakanmu…
Insan…Aku adalah tumbuhan pembekal penghidupanmu…
Insan…Aku adalah haiwan pembeza darjat kemuliaanmu…… 

Tuesday 8 March 2011

Learn from u all...

Cahaya Dan Ombak Seakan Memahami Gelora Jiwa Rindu Padanya


Keindanhan Yang Terpancar Pada Setiap Detik Ketenangan

Keindahan Warna-Warni Kehidupan Terpancar Pada Mentari yang Terbenam, Di Samping Lautan Sebagai Cermin Kemerahan Bersama Batuan Di Tebing Cahaya Merah

Cahaya Yang Mewarnai Malam Menggambarkan Ketenangan Dari Gangguan Kemanusiaan

Alam Dan Bahannya Kian Bergabung Sebagai Penenang Jiwa Insan

Disini Kita Mencari Kehebatan Ilahi

We must learn to be PRO...


Bagaimana dengan pic yang ni plak???
Apakah kelemahan pic ni???


Tv(Shutter Speed)= 20Sec.
Av(Aperture Value)= F4.0

Exposure Compensation= +1
ISO Speed= 800
Tripod

We must learn to be PRO...



Salam sahabat sahabi semua...Apa pandangan anda tentang gambar ni...
Semoga dengan komen anda boleh bantu saya tingkatkan usaha lagi...


Tv(Shutter Speed)= 0.3Sec.
Av(Aperture Value)= F9.5

ISO Speed= 100
Tripod ada...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Senyum dan Selamat Berbahagia..

Aku ingin ucap jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudah banyak membantu aku dalam mencreated blog ni...hehehe....Sebelum sahabat-sahabi membaca dan mengomen apa yang terdapat dalam blog ni, aku suka juga untuk kenalkan diri aku pada sahabat-sahabi semua....Namun, terlebih dahulu aku ingin perkenalkan antara yang terlibat MEMUNCULKAN aku di muka bumi ini. Firstly, ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU yang telah mencipta ADAM dan HAWA sehingga membawa kepada lahirnya AYAHKU yang bernama AZIZ BIN MOHAMAD pada 01/04/1960 yang merupakan seorang lelaki yang sangat romantik dalam melayani isterinya yang bernama RAGAYAH BINTI YUSUFyang dilahirkan pada 3/6/1963 iaitu seorang ibu dan isteri yang sangat penyayang dan setia pada cintanya...Setelah mereka disatukan oleh ALLAH SWT dengan rasa cinta yang mendalam antara satu sama lain maka lahirlah lima orang anak dan aku merupakan anak ke tiga yang bernama MOHAMAD IMRAN BIN AZIZ yang dilahirkan pada 22/5/1988. Aku merupakan anak lelaki kedua dalam keluargaku...Antara adik-beradikku,akulah yang paling ganjil dan bersikap luar biasa kerana mempunyai hobi yang sangat pelik dan kadang-kadang membuatkan ibu dan ayah pening kepala...Namun, berkat doa mereka ALLAH SWT telah membawa aku ke menara gading walaupun pada dahulunya ia seakan mustahil bagi lelaki sepertiku yang sangat buas dan malas...Namun, melalui motivasi dan nasihat daripada ibu, ayah dan adik-beradik, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke dunia BUKU DAN TEKNOLOGI...Kadang-kadang kata hinaan masa lampau masih kedengaran di cuping telinga tetapi yang penting aku sudah berada DI SINI...I DON'T CARE...Aku memang pelik dengan diri aku sendiri...belajar psikologi tetapi tidak pernah berpisah dengan KAMERA yang kini bergelar KEKASIHKU...Apapun,buat sahabat semua aku doakan anda bahagia,panjang umur, murah rezeki dan semoga berada dalam landasan agama kita... Sebenarnya aku banyak nak ceritakan pada sahabat sahabi semua tetapi jari-jemari ni mula mengigil kepenatan...Jd, terpaksa aku berhenti di sini bagi menghargai jari yang cantik ini...yang penting...

"TIADA APA YANG MENGHALANG ANDA KECUALI MALAS DAN DEGIL"

Monday 7 March 2011

Kemanisan, Kepahitan. Dan Kebahagiaan

Sewaktu kecilmu, engkau dijaga dan dididik dengan cinta
Engkau membesar dengan sayang dan kasih
Kemanjaanmu diperhatikan dengan kelembutan suara tercinta
Engkau umpana bunga yang mekar di laman 
Kemanisan hidupmu terpancar dengan kelembutan suaramu
Kini, engkau jauh dari layanan tercinta
Oleh hatimu yang lembut, kini engkau berkenalan dengan cinta keindahan
Engkau lupakan kemanjaan silam
Hatimmu dicuri dengan penuh kecintaan oleh sang pemburu
Pemburu kecintaan suci bercahaya
Engkau melangkah dengan perubahan hidup saranan kewajipan
Harapkan kemanjaan dibina pemburu
Cintamu diuji menuju kebahagiaan pengharapan berkekalan
Hatimu seakan luluh dipukul kesakitan
Pemburu kian membuka mata kecintaan pada mu kemanjaan
Berdoa agar cintamu kekal dengannya
Semoga cinta memahami hakikat pahit di awal perjalanan
Menjadi guru membina bahagia keesokan

KEASYIKAN HIDUP

SELAMAT PAGI WAHAI PAGI YANG INDAH
TERBITLAH MENTARI KEINDAHAN DI PAGI INI
BERGERAKLAH INSAN BERSAMA MASA
DARI PAGI KE TENGAH HARI, PETANG DAN MALAM
BERNAFAS INSAN BERSAMA JARUM KEHIDUPAN
DARI JUMAAT HARI PERMULAAN BERTERUSAN KE SABTU
SEDARLAH INSAN HANYA TUJUH HARI PERNAFASAN DUNIA
MUNGKIN KINI ATAU ESOK AKAN BERHENTI
DONGAK KE LANGIT KELUASAN DUNIAWI
TUNDUK KE BUMI KEMUSNAHAN DARI JARI
PERLAHANKAN LANGKAH INGATKAN MATI
JANTUNG BERDEGUP KEBESARAN ILAHI
JATUH TERSUNGKUR  MENANGIS INSAF
ALHAMDULILLAH MENDAPAT CAHAYA ALLAH

----CINTA----

BERMESRALAH WAHAI CINTA
BERSAMA DENGAN GURAUAN SENDAMU
BERGEMBIRALAH WAHAI CINTA
BERSAMA DENGAN GELAK KETAWAMU
BERFIKIR SEJENAK TENTANG ASALMU
SATU PERASAAN YANG DICIPTAKAN OLEH PENCIPTA
TERDETIK DI FIKIRAN TENTANG PERJALANAN
TERKENANGKAN SATU PEMBEKALAN
PESANAN TENTANG SEBUAH PERJALANAN
DIIRINGI OLEH PERINGATAN AGUNG
TAKUTLAH CINTA PADA KEGEMBIRAAN
TAKUTLAH CINTA PADA KESENANGAN
TERSENYUMLAH CINTA DENGAN KEDUKAAN
TERSENYUMLAH CINTA DENGAN KESAKITAN
UJIAN AGUNG MELALAIKAN
UJIAN AGUNG MENYEDARKAN
BIARLAH PEDIH CINTA TERSEKSA
BIARLAH TANGIS CINTA MERANA
TERFIKIR SEJENAK CINTA AGUNG
PEDIH MENUJU CAHAYA BAHAGIA

Dirimu Impian Cintaku

Semalam aku terbayang kemunculanmu
Namun, ia hanyalah igauan kerinduanku
Terkadang aku merasakan kekecewaan
Namun, cinta di hati menguatkan aku

Penantianku terus mengimpikanmu
Namun, kau menyatakan kemustahilan
Kecintaan mengiyakan pengembalianmu
Membuatkan langkahku terus bersendirian

Apabila mentari muncul aku berdiri bersama harapan
Namun, kau muncul bersama teman
Jiwaku tunduk menangisi kehilanganmu
Namun, cinta mengajarku untuk terus berdiri

Aku kian hilang dari pandangan yang lain
Aku hanya mampu menangisi kehilanganmu
Aku terus menyendiri mengira hari
Cuba mencari jawapan untuk persoalan hati

Adakah kau akan kembali...
Bilakah kau akan kembali...
Aku akan tetap di sini...