Aku ingin ucap jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudah banyak membantu aku dalam mencreated blog ni...hehehe....Sebelum sahabat-sahabi membaca dan mengomen apa yang terdapat dalam blog ni, aku suka juga untuk kenalkan diri aku pada sahabat-sahabi semua....Namun, terlebih dahulu aku ingin perkenalkan antara yang terlibat MEMUNCULKAN aku di muka bumi ini. Firstly, ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU yang telah mencipta ADAM dan HAWA sehingga membawa kepada lahirnya AYAHKU yang bernama AZIZ BIN MOHAMAD pada 01/04/1960 yang merupakan seorang lelaki yang sangat romantik dalam melayani isterinya yang bernama RAGAYAH BINTI YUSUFyang dilahirkan pada 3/6/1963 iaitu seorang ibu dan isteri yang sangat penyayang dan setia pada cintanya...Setelah mereka disatukan oleh ALLAH SWT dengan rasa cinta yang mendalam antara satu sama lain maka lahirlah lima orang anak dan aku merupakan anak ke tiga yang bernama MOHAMAD IMRAN BIN AZIZ yang dilahirkan pada 22/5/1988. Aku merupakan anak lelaki kedua dalam keluargaku...Antara adik-beradikku,akulah yang paling ganjil dan bersikap luar biasa kerana mempunyai hobi yang sangat pelik dan kadang-kadang membuatkan ibu dan ayah pening kepala...Namun, berkat doa mereka ALLAH SWT telah membawa aku ke menara gading walaupun pada dahulunya ia seakan mustahil bagi lelaki sepertiku yang sangat buas dan malas...Namun, melalui motivasi dan nasihat daripada ibu, ayah dan adik-beradik, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke dunia BUKU DAN TEKNOLOGI...Kadang-kadang kata hinaan masa lampau masih kedengaran di cuping telinga tetapi yang penting aku sudah berada DI SINI...I DON'T CARE...Aku memang pelik dengan diri aku sendiri...belajar psikologi tetapi tidak pernah berpisah dengan KAMERA yang kini bergelar KEKASIHKU...Apapun,buat sahabat semua aku doakan anda bahagia,panjang umur, murah rezeki dan semoga berada dalam landasan agama kita... Sebenarnya aku banyak nak ceritakan pada sahabat sahabi semua tetapi jari-jemari ni mula mengigil kepenatan...Jd, terpaksa aku berhenti di sini bagi menghargai jari yang cantik ini...yang penting...
"TIADA APA YANG MENGHALANG ANDA KECUALI MALAS DAN DEGIL"
Keindahan warna-warni kehidupan itu terlihat oleh mata hati yang memahami kehebatan Alam Semesta...DIA telah menjadikan mentari yang terbenam itu dengan cahaya keindahan, di samping lautan yang luas sebagai cermin panturan warna-warni bersama batu-batuan ditebing keterbenaman cahaya merah... "Jangan Engkau Wujudkan Aku Dalam Dirimu Dengan Perspektifmu"
SELAMAT DATANG SAHABAT SEMUA KE DALAM DUNIA AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI.....
Assalamualaikum...Salam Keindahan Estetika Dunia...
Setelah sekian lama berdampingan dengan kamera, aku berasa semakin dapat menikmati erti keindahan alam melalui rakaman estetika yang begitu indah. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi semua ini. Kewujudan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada dengan semua penggemar fotografi. Di samping itu, segala catatan dan coretan di laman ini juga adalah sebagai nota untuk diri sendiri yang bukanlah seorang yang profesional di dalam bidang ini. Sebarang tunjuk ajar dan pandangan adalah sangat perlu bagi meningkatkan kepakaran diri. Namun, sekiranya sahabat di luar sana ingin menanyakan sesuatu, bolehlah sahabat semua emailkan kepada saya(im_ran2205@yahoo.com) sebarang persoalan berkaitan fotografi dan sekiranya saya dapat menjawap, insya Allah saya akan menjawapnya dan sekiranya tidak. Saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Mari Berkongsi Meningkatkan Kepakaran Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment