Semalam aku terbayang kemunculanmu
Namun, ia hanyalah igauan kerinduanku
Terkadang aku merasakan kekecewaan
Namun, cinta di hati menguatkan aku
Penantianku terus mengimpikanmu
Namun, kau menyatakan kemustahilan
Kecintaan mengiyakan pengembalianmu
Membuatkan langkahku terus bersendirian
Apabila mentari muncul aku berdiri bersama harapan
Namun, kau muncul bersama teman
Jiwaku tunduk menangisi kehilanganmu
Namun, cinta mengajarku untuk terus berdiri
Aku kian hilang dari pandangan yang lain
Aku hanya mampu menangisi kehilanganmu
Aku terus menyendiri mengira hari
Cuba mencari jawapan untuk persoalan hati
Adakah kau akan kembali...
Bilakah kau akan kembali...
Aku akan tetap di sini...
Keindahan warna-warni kehidupan itu terlihat oleh mata hati yang memahami kehebatan Alam Semesta...DIA telah menjadikan mentari yang terbenam itu dengan cahaya keindahan, di samping lautan yang luas sebagai cermin panturan warna-warni bersama batu-batuan ditebing keterbenaman cahaya merah... "Jangan Engkau Wujudkan Aku Dalam Dirimu Dengan Perspektifmu"
SELAMAT DATANG SAHABAT SEMUA KE DALAM DUNIA AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI.....
Assalamualaikum...Salam Keindahan Estetika Dunia...
Setelah sekian lama berdampingan dengan kamera, aku berasa semakin dapat menikmati erti keindahan alam melalui rakaman estetika yang begitu indah. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi semua ini. Kewujudan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada dengan semua penggemar fotografi. Di samping itu, segala catatan dan coretan di laman ini juga adalah sebagai nota untuk diri sendiri yang bukanlah seorang yang profesional di dalam bidang ini. Sebarang tunjuk ajar dan pandangan adalah sangat perlu bagi meningkatkan kepakaran diri. Namun, sekiranya sahabat di luar sana ingin menanyakan sesuatu, bolehlah sahabat semua emailkan kepada saya(im_ran2205@yahoo.com) sebarang persoalan berkaitan fotografi dan sekiranya saya dapat menjawap, insya Allah saya akan menjawapnya dan sekiranya tidak. Saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Mari Berkongsi Meningkatkan Kepakaran Diri
No comments:
Post a Comment