SELAMAT DATANG SAHABAT SEMUA KE DALAM DUNIA AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI.....

Assalamualaikum...Salam Keindahan Estetika Dunia...
Setelah sekian lama berdampingan dengan kamera, aku berasa semakin dapat menikmati erti keindahan alam melalui rakaman estetika yang begitu indah. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi semua ini. Kewujudan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada dengan semua penggemar fotografi. Di samping itu, segala catatan dan coretan di laman ini juga adalah sebagai nota untuk diri sendiri yang bukanlah seorang yang profesional di dalam bidang ini. Sebarang tunjuk ajar dan pandangan adalah sangat perlu bagi meningkatkan kepakaran diri. Namun, sekiranya sahabat di luar sana ingin menanyakan sesuatu, bolehlah sahabat semua emailkan kepada saya(im_ran2205@yahoo.com) sebarang persoalan berkaitan fotografi dan sekiranya saya dapat menjawap, insya Allah saya akan menjawapnya dan sekiranya tidak. Saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Mari Berkongsi Meningkatkan Kepakaran Diri

Friday, 11 March 2011

DI MANA AKU DALAM DIRIMU

Apakah salahku sehingga aku dinodai…
Dan apabila hujan menimpaku…
Aku luluh dibawa arus kerakusan insan…
Apakah nasibku sehingga aku dipaksa meniarap ke bumi…
Dan apabila hidupan lari mencari penghidupan…
Aku umpama penciptaan yang tiada kemanfaatan…
Namun, hakikat membuktikan penciptaanku…
Aku memegang bumi mengelak keluluhan arus hakisan…
Aku membekal makanan setiap hidupan…
Apakah kesudahanku sehingga aku diburu ketidakperimanusiaan…
Dan apabila kulitku menjadi nilai keduniaan..
Dan apabila tulangku menjadi hiasan kebanggaan…
Aku kian hilang dari kewujudan yang diciptakan…
Seakan aku wujud umpama mangsa kerakusan…
Insan…Aku adalah bumi yang akan memakanmu…
Insan…Aku adalah tumbuhan pembekal penghidupanmu…
Insan…Aku adalah haiwan pembeza darjat kemuliaanmu…… 

No comments:

Post a Comment