Assalamualaikum dan Salam Dunia Fotografi….. Selepas beberapa blog, buku, laman web dan juga latihan teknikal aku lalui tentang dunia fotografi ni, aku rasa perlu juga untuk berkongsi serba sedikit tentang ilmu atau pengetahuan yang ada bukan sahaja untuk orang lain tetapi juga membantu diri sendiri agar lebih mahir dan ingat tentang ilmu tersebut. Tetapi mungkin korang semua rasa ingin tahu siapa aku sebenarnya…Aku ni sebenarnya budak Psikologi Sosial dan masih study di UMS tetapi memang minat gilerrr dengan fotografi ni…Oklah, banyak pulak aku berleter dan seakan-akan lari dari tajuk pulak…hehehe…
Dalam dunia fotografi SHUTTER SPEED, APERTURE DAN ISO adalah satu perkara sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi gambar yang dirakam dan menentukan exposure yang baik semasa merakam gambar. Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman tentangnya adalah menjadi kewajipan kepada sesiapa yang BERMAIN dengan kamera. Sebelum itu, anda perlulah tahu terlebih dahulu dimana letaknya Aperture, Shutter Speed dan ISO pada kamera anda(rujuk manual kamera anda).
SHUTTER SPEED adalah alat yang mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke dalam sensor kamera yang berbentuk seperti tingkap yang dikawal oleh kelajuan. Berdasarkan perkara ini “SEMAKIN LAJU SHUTTER SPEED MAKA SEMAKIN KURANGLAH CAHAYA MASUK KE DALAM SENSOR DAN JUGA AKAN MENGURANGKAN KEKABURAN”.
(Nilai Shutter Speed adalah merujuk kepada petak yang berwarna merah)
Ini bukanlah bermakna anda hanya diwajibkan untuk menggunakan shutter speed yang tinggi semasa merakam gambar. Ia juga bergantung kepada jenis gambar yang ingin dirakam. Selain itu, shutter speed yang tinggi ini biasanya digunakan untuk merakam objek yang bergerak supaya dapat hentikan pergerakan objek tersebut apabila gambar dirakam. Namun, shutter speed yang perlahan juga turut digunakan bagi merakam gambar yang kelihatan kreatif pada pandangan anda seperti aliran air sungai yang dirakam dengan shutter speed yang perlahan akan menampakkan betapa cantiknya aliran air tersebut. APERTURE seakan-akan iris mata yang boleh membesar dan mengecil semasa mengamati sesuatu. Ia adalah satu perkara yang sangat penting dan berkait rapat dengan Shutter Speed yang jelaskan pada awal tadi. DIAMETER APERTURE boleh dilaraskan menjadi besar atau kecil mengikut kehendak anda berdasarkan gambar yang ingin dirakam. Dalam memahami tentang aperture ini, ia mungkin sukar bagi anda kerana ia sedikit memeningkan tetapi jangan mudah kecewa, di mana “SEMAKIN KECIL NILAI f YANG DILARASKAN MAKA SEMAKIN BESARLAH DIAMETER APERTURE TERSEBUT DAN BEGITULAH SEBALIKNYA”. Contohnya (Aperture Besar adalah f2 dan Aperture kecil adalah f16).
Aperture dikatakan berkait rapat dengan shutter speed dapat dilihat apabila shutter speed menjadi laju setelah diameter aperture besar(nilai f kecil) yang membolehkan cahaya banyak memasuki sensor kamera. Namun, aperture yang besar juga akan menyebabkan gambar yang dirakam kurang kawasan fokus(SHALLOW DEPTH OF FIELD) yang bermaksud apa2 yang berada jauh dari titik fokus akan terkeluar dari fokus dan kelihatan blur yang tinggi.

Seterusnya adalah ISO yang merujuk kepada sensitiviti atau kepekaan sensor terhadap cahaya dan bagi kamera filem pula ia dikenali sebagai ASA. ISO ini juga mempunyai kaitannya dengan aperture dan shutter speed setiap kali ingin merakam sesuatu gambar. Kepekaan sensor terhadap cahaya ini diwakili dengan nombor dan bagi kamera saya ISO paling rendah adalah 100 dan yang tertinggi adalah 1600. Rumusan untuk ISO adalah “SEMAKIN TINGGI NILAI ISO MAKA SEMAKIN PEKA SENSOR TERHADAP CAHAYA”.
Ketinggian nilai ISO akan mempengaruhi kelajuan shutter speed ketika merakam gambar. Biasanya nilai ISO yang tinggi akan digunakan ketika merakam gambar dalam keadaan kurang cahaya. ISO secara mudahnya menggandakan kesan cahaya terhadap sensor, di mana nilai ISO 200 adalah 2 kali ganda sensitiviti sensor terhadap cahaya dan gambar yang dirakam akan kelihatan lebih terang berbanding nilai ISO 100. Namun, sekiranya ISO yang tinggi juga boleh menyebabkan “noise” atau bintik-bintik putih kuning wujud pada gambar yang dirakam.

Oleh itu, anda haruslah berani dan rajin untuk mencubanya ketika ingin merakam sesuatu gambar bagi memahaminya dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, ia juga bergantung pada gambar yang ingin anda rakam. Mungkin anda inginkan gambar yang gelap atau terlalu cerah dan ia seratus peratus bergantung pada anda dan saya hanya menerangkan untuk kefahaman anda sahaja. Insya Allah, selepas ini saya akan menerangkan tentang kaitan antara ketiga-tiga perkara tersebut.
….JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA….
No comments:
Post a Comment