Assalamualaikum...
Sebelum aku menjelaskan tentang setting untuk moment di atas, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku menceburi dunia fotografi ini. Tanpa berceloteh panjang, di sini aku ingin menjelaskan tentang bagaimana untuk mendapatkan gambar yang elok semasa peristiwa seperti di atas. Perkara yang paling penting adalah menggunakan mode M atau Manual pada DSLR sahabat. Hal ini penting bagi memudahkan sahabat untuk menetapkan nilai Shutter, Aperture, dan ISO. Setelah sahabat menetapkan mode M, sahabat terus kepada penetapan nilai Shutter yang sesuai antara 1/40sec atau 1/50sec. Seterusnya adalah penetapan nilai Aperture, di mana nilai yang sesuai antara 4 dan ke atas. Manakala ISO pula adalah antara 800 dan ke atas. Di samping itu, penetapan WB juga adalah sangat penting dalam usaha untuk meneutralkan cahaya lampu yang kuning. Namun, penetapan nilai ISO ini juga haruslah bersesuaian dengan kuasa flash yang digunakan. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa sekiranya nilai ISO terlalu tinggi, ia akan menyebabkan wujudnya noise pada gambar yang dirakam. Oleh itu, sahabat haruslah bijak dalam membuat percubaan dan keputusan sebelum majlis bermula. Penggunaan external flash juga adalah sangat penting bagi meneutralkan cahaya lampu yang terdapat di dalam dewan tersebut. Hal ini sangat penting bagi mengurangkan masalah kekuningan seperti gambar pertama di atas. Walau bagaimanapun, dalam menggunakan external flash, sahabat juga haruslah bijak menentukan kedudukan atau arah pantulan flash sama ada perlu bounce ke syiling atau terus halakan kepada subjek. Mungkin sekiranya syiling itu rendah sahabat boleh bounce ke syiling tetapi jika tinggi sahabat boleh bounce hanya 45 darjah dan menggunakan diffuser putih bagi meneutralkan cahaya lampu. Penggunaan external flash juga mempunyai pelbagai jenis dan saya hanya menggunakan YN450 yang sudah terdapat padanya white card yang boleh menggantikan diffuser. Sekiranya sahabat menggunakan external flash TTL ia lebih mudah kerana flash akan mengeluarkan powernya mengikut maklumat exposure dari lensa. Walau apapun, percubaan adalah sangat penting bagi meningkatkan kefahaman sahabat semua. Selamat Mencuba..
Majlis Anugerah Sinar Wawasan 2011
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas
No comments:
Post a Comment