Assalamualaikum dan Salam Segala Rasa
Yang Semakin Menerkam Daging Di Dalam Dada
Yang Semakin Menerkam Daging Di Dalam Dada
Mulanya terasa ingin untuk kembali bersama
antara dua rasa yang kian berbeza
antara dua rasa yang kian berbeza
Seakan ada yang mencucuk daging di dalam dada
yang kian sunyi tidak bersama
yang kian sunyi tidak bersama
Kadang aku terbayang ukiran senyum saat bersama
ketika hati mendendangkan lagu rasa
ketika hati mendendangkan lagu rasa
Cinta, sayang, rindu dan bahagia semakin mengetuk
hati memberi salam kepada jiwa
hati memberi salam kepada jiwa
Namun, kesakitan menyendiri melemahkan sahutan senyum
dari segala rasa sebuah jiwa
Terus kepergian nun di sana
tanpa ada tuntutan matlamat hati yang dibina
tanpa ada tuntutan matlamat hati yang dibina
Melangkah, berlari dan tersenyum menyendiri
kerana hati terasa sunyi akan rasa
kerana hati terasa sunyi akan rasa
Dan hati makin teguh memujuk mata
agar memandang ke sana walau jiwa masih terasa
agar memandang ke sana walau jiwa masih terasa
Sayu sedih, mengalirkan titisan manja,
memujuk hati agar tegap berdiri di bumi ini
memujuk hati agar tegap berdiri di bumi ini
Terus melangkah dalam sepi dan rindu
sambil mencari pengganti rasa hati
sambil mencari pengganti rasa hati
Mata!!! Pandanglah!!!
Akal!!! Fikirkan!!!
Kaki!!! Teruskan!!!
Tangan!!! Lambaikanlah!!!Akal!!! Fikirkan!!!
Kaki!!! Teruskan!!!
No comments:
Post a Comment