I'm Run PhotoCreative
Keindahan warna-warni kehidupan itu terlihat oleh mata hati yang memahami kehebatan Alam Semesta...DIA telah menjadikan mentari yang terbenam itu dengan cahaya keindahan, di samping lautan yang luas sebagai cermin panturan warna-warni bersama batu-batuan ditebing keterbenaman cahaya merah... "Jangan Engkau Wujudkan Aku Dalam Dirimu Dengan Perspektifmu"
SELAMAT DATANG SAHABAT SEMUA KE DALAM DUNIA AKU YANG SERBA KEKURANGAN INI.....
Assalamualaikum...Salam Keindahan Estetika Dunia...
Setelah sekian lama berdampingan dengan kamera, aku berasa semakin dapat menikmati erti keindahan alam melalui rakaman estetika yang begitu indah. Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi semua ini. Kewujudan laman ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang ada dengan semua penggemar fotografi. Di samping itu, segala catatan dan coretan di laman ini juga adalah sebagai nota untuk diri sendiri yang bukanlah seorang yang profesional di dalam bidang ini. Sebarang tunjuk ajar dan pandangan adalah sangat perlu bagi meningkatkan kepakaran diri. Namun, sekiranya sahabat di luar sana ingin menanyakan sesuatu, bolehlah sahabat semua emailkan kepada saya(im_ran2205@yahoo.com) sebarang persoalan berkaitan fotografi dan sekiranya saya dapat menjawap, insya Allah saya akan menjawapnya dan sekiranya tidak. Saya memohon sejuta kemaafan kepada sahabat semua. Mari Berkongsi Meningkatkan Kepakaran Diri
Sunday, 18 September 2011
Wednesday, 31 August 2011
Saturday, 20 August 2011
Monday, 15 August 2011
Setting For Dinner
Assalamualaikum...
Sebelum aku menjelaskan tentang setting untuk moment di atas, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang aku menceburi dunia fotografi ini. Tanpa berceloteh panjang, di sini aku ingin menjelaskan tentang bagaimana untuk mendapatkan gambar yang elok semasa peristiwa seperti di atas. Perkara yang paling penting adalah menggunakan mode M atau Manual pada DSLR sahabat. Hal ini penting bagi memudahkan sahabat untuk menetapkan nilai Shutter, Aperture, dan ISO. Setelah sahabat menetapkan mode M, sahabat terus kepada penetapan nilai Shutter yang sesuai antara 1/40sec atau 1/50sec. Seterusnya adalah penetapan nilai Aperture, di mana nilai yang sesuai antara 4 dan ke atas. Manakala ISO pula adalah antara 800 dan ke atas. Di samping itu, penetapan WB juga adalah sangat penting dalam usaha untuk meneutralkan cahaya lampu yang kuning. Namun, penetapan nilai ISO ini juga haruslah bersesuaian dengan kuasa flash yang digunakan. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa sekiranya nilai ISO terlalu tinggi, ia akan menyebabkan wujudnya noise pada gambar yang dirakam. Oleh itu, sahabat haruslah bijak dalam membuat percubaan dan keputusan sebelum majlis bermula. Penggunaan external flash juga adalah sangat penting bagi meneutralkan cahaya lampu yang terdapat di dalam dewan tersebut. Hal ini sangat penting bagi mengurangkan masalah kekuningan seperti gambar pertama di atas. Walau bagaimanapun, dalam menggunakan external flash, sahabat juga haruslah bijak menentukan kedudukan atau arah pantulan flash sama ada perlu bounce ke syiling atau terus halakan kepada subjek. Mungkin sekiranya syiling itu rendah sahabat boleh bounce ke syiling tetapi jika tinggi sahabat boleh bounce hanya 45 darjah dan menggunakan diffuser putih bagi meneutralkan cahaya lampu. Penggunaan external flash juga mempunyai pelbagai jenis dan saya hanya menggunakan YN450 yang sudah terdapat padanya white card yang boleh menggantikan diffuser. Sekiranya sahabat menggunakan external flash TTL ia lebih mudah kerana flash akan mengeluarkan powernya mengikut maklumat exposure dari lensa. Walau apapun, percubaan adalah sangat penting bagi meningkatkan kefahaman sahabat semua. Selamat Mencuba..
Majlis Anugerah Sinar Wawasan 2011
Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas
Sunday, 14 August 2011
Street Photography
Street@I'M RUN PHOTOCREATIVE
Assalamualaikum...Salam Fotografi Kepada Semua...
Setelah sekian lama aku menghilangkan diri, sekarang aku kembali dengan paparan dari outing yang telah aku adakan bersama kawan-kawan fotografi. Gambar tersebut bukanlah baru dirakam tetapi baru dipaparkan di laman ini. Untuk pengetahuan sahabat semua, aku baru sahaja tamat menjalani latihan praktikal di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Mas, Kelantan. Oleh kerana menjalani latihan praktikal tersebut telah menyebabkan aku kekurangan masa untuk bersama dengan teman sejati merangkap kekasih aku iaitu CANON EOS. Insya Allah, selepas ini aku akan kembali berkongsi dengan sahabat semua berkaitan dunia fotografi. Sekiranya sahabat semua ingin menanyakan sesuatu berkaitan dengan fotografi, sila emailkan persoalan sahabat pada saya (im_ran2205@yahoo.com). Tetapi jika sahabt ingin menyatakan pendapat tentang laman ini, sahabat boleh sahaja komen pada apa yang sahabat ingin bagi komen. Insya Allah, pada minggu hadapan aku akan paparkan gambar majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Masjid Kampung Berdang, Jeli Kelantan. Aku baru sahaja menerima tugasan tersebut dari ayah aku sendiri, jom kita berkhidmat secara percuma pada bulan yang mulia ini. Setakat ini sahaja aku dapat berada dan menaip pada laman ini untuk kali ini. Oleh itu, aku memohon sejuta kemaafan kepada semua pembaca laman ini sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati sahabat semua.
Assalamualaikumm....Salam Dunia Fotografi....
"Let Us To Be Pro"
Subscribe to:
Posts (Atom)